Pada 14 November 2024, Khazanah Research Institute (KRI) telah menganjurkan webinar membincangkan dapatan daripada laporan ‘The Financialization of our Lives: Values and Trade-offs’. Webinar ini membincangkan dapatan Bab 3 laporan tersebut yang mengetengahkan isu hutang pendidikan serta langkah-langkah yang boleh diambil untuk menjamin kelestarian sistem pinjaman pendidikan tinggi negara.

Bab 3 laporan ini yang bertajuk ‘Individual vs Collective Interests: The Student Loan Conundrum’ mengetengahkan kebimbangan terhadap isu hutang pendidikan di Malaysia. Pengenalan sistem pembiayaan pendidikan tinggi telah membuka peluang lebih meluas kepada rakyat untuk mendapatkan akses kepada pendidikan tertiari. Namun, perkembangan ini telah membawa satu cabaran besar kepada negara dan graduan dari aspek bebanan beban hutang. Ia menjadi lebih serius kepada golongan yang memerlukannya – golongan dari keluarga berpendapatan rendah.

Webinar ini melibatkan perbincangan dari 4 panel yang terdiri daripada:

  1. Dr Amirul Rafiq Abu Rahim – Penulis laporan, dan Penyelidik Kanan KRI
  2. 2.En. Muhammad Dasuki Abdul Majid – Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
  3. Dr Khaldun Malek – Felo Penyelidik Majlis Profesor Negara,
  4. 4.En. Muhammad Mafrukhin Mokhtar – Ketua Jabatan Pembangunan Penyelidikan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Ahli panel mengulas isu peningkatan beban hutang pendidikan dari segi gaji rendah antara kalangan graduan dalam pasaran buruh dan mengetengahkan dasar yang mampu mengatasi isu ini yang sesuai untuk landskap institusi semasa.

Beban Hutang Pendidikan Tinggi

Dalam membincangkan peningkatan beban hutang pendidikan, ahli panel mendapati bahawa keluaran pasaran buruh telah menyebabkan kesukaran antara golongan muda untuk membayar balik hutang mereka. Ramai individu kini mengambil pinjaman pendidikan untuk meneruskan pelajaran atas harapan memperoleh mobiliti sosial dan gaji yang lebih tinggi sehingga mengambil kedudukan kedua terberat dalam komitmen pinjaman bagi golongan 20-29 tahun. Namun, kelemahan dalam sistem pasaran buruh sebaiknya menyebabkan ramai daripada graduan ini memperoleh gaji yang rendah sehingga tidak mampu membayar balik hutang mereka.

Matlamat Pendidikan Tinggi

Ahli panel juga bersetuju dengan dasar yang telah diketengahkan di dalam laporan ini untuk mengurangkan beban hutang pendidikan tinggi, termasuk: 1) Menggalakkan ‘Brain Gain’ agar pelajar berpeluang memperoleh gaji yang lebih tinggi di luar negara, 2) strategi ‘Income Contingent Loan’ sebagai bayaran balik pinjaman yang fleksibel dan praktikal, 3) meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan Pelan Simpanan Pendidikan, dan 4) menyediakan TVET sebagai pilihan untuk pendidikan tertiari.

Perbincangan juga meneliti rancangan PTPTN untuk mengehadkan pinjaman pendidikan untuk program yang mengalami kadar bayaran balik yang rendah, serta usaha untuk meningkatkan pengetahuan kewangan antara orang awam sebagai langkah penyelesaian jangka panjang.

Rumusan

Isu pinjaman pendidikan tinggi adalah satu dilema yang melibatkan kepentingan individu dan kolektif. Bagi individu, pinjaman pelajar sering dianggap sebagai beban yang memberi kesan kepada kestabilan kewangan mereka pada masa hadapan. Walaubagaimanapun, dari sudut pandangan kolektif, sistem pinjaman pendidikan tinggi adalah penting untuk memastikan akses yang adil kepada pendidikan tanpa mengira latar belakang. Pinjaman ini membolehkan individu memperoleh pendidikan yang dapat meningkatkan potensi masa hadapan mereka, yang seterusnya memberi manfaat kepada masyarakat secara keseluruhan.

Sebagai kesimpulan, isu ini akhirnya menghubungkan kepentingan individu dan kolektif, kerana pendidikan yang berkualiti bukan sahaja memberi manfaat kepada individu, tetapi juga kepada negara secara keseluruhan. Pendidikan yang baik memacu pembangunan ekonomi, sosial, dan kesejahteraan negara. Oleh itu, penyelesaian yang seimbang adalah perlu untuk memastikan bahawa kepentingan individu dan kolektif dapat dipenuhi, demi kebaikan dan kesejahteraan negara.

Related Experts
No items found.
related to this event
No items found.

Want more stories like these in your inbox?

Stay ahead with KRI, sign up for research updates, events, and more

Thanks for subscribing. Your first KRI newsletter will arrive soon—filled with fresh insights and research you can trust.

Oops! Something went wrong while submitting the form.
Follow Us On Our Socials