Launch Event
-
August 20, 2025
Launch Event
-
Mar 15, 2023

Pelancaran 'Kesejahteraan Kediaman Golongan Miskin Bandar: Kajian Program Perumahan Rakyat (PPR)' Laporan

Aug 20, 2025
-
10:30 am
-
Register Now

Pelancaran Laporan Kesejahteraan Kediaman Golongan Miskin Bandar: Kajian Program Perumahan Rakyat (PPR)

Pada 15 Mac 2023, KRI telah mengadakan majlis pelancaran untuk membentangkan hasil kajian laporan "Kesejahteraan Kediaman Golongan Miskin Bandar: Kajian Program Perumahan Rakyat (PPR)". Objektif kajian ini adalah untuk menyoroti masalah struktur yang wujud dalam penyediaan perumahan sosial dan menekankan keperluan pengurusan holistik sektor ini dalam keseluruhan fungsi pasaran perumahan.

Pelancaran laporan tersebut menggariskan beberapa cadangan dasar untuk menggalakkan pembaikan struktur jangka panjang bagi penyediaan perumahan sosial kepada golongan yang berkeperluan. Ucapan Khas disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Pengerusi KRI. Penemuan laporan ini kemudiannya dibentangkan oleh Dr Suraya Ismail, Puteri Marjan Megat Muzafar, Theebalakshmi Kunasekaran dan Adam Manaf Mohamed Firouz.

Ini diikuti dengan sesi perbincangan panel dan soal jawab yang dimoderatori oleh Dr Suraya Ismail dengan para panelis; Tn. Amir Onn Haji Mustapha, Setiausaha Bahagian, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Dr Syafiee Shuid, Timbalan Dekan, Kulliyah of Architecture and Environmental Design, Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Datuk Chang Kim Loong DSPN AMN Hon. Sec-General, National House Buyers Association (HBA) dan Prof. Madya (Ind.) Ar Sarly Adre Sarkum, Presiden, Persatuan Arkitek Malaysia (PAM).

Masalah struktur dalam penyediaan perumahan sosial

- Isu kemampuan di sektor sosial adalah permasalahan kemiskinan—bukan perumahan.** Sektor sosial memberi keutamaan untuk menempatkan penduduk miskin dan golongan rentan di bawah selenggaraan kerajaan. Oleh itu, pembasmian kemiskinan memerlukan dasar kerajaan yang menyeluruh seperti bantuan pendapatan dan pelbagai program bantuan kebajikan yang lain selain daripada subsidi perumahan sahaja.

- Sebilangan besar isi rumah (dan bukan hanya golongan miskin) akan memerlukan perumahan sosial jika kemampuan pemilikan pasaran perumahan diabaikan tanpa pengawasan. Memandangkan akses kepada pasaran perumahan (sewa atau beli) selalunya ditentukan oleh kemampuan isi rumah, kerajaan negeri juga mesti memantau tahap harga perumahan mampu milik atau pun mampu sewa mengikut lokaliti.

- Meskipun penyediaan perumahan sosial PPR oleh kerajaan dianggap sebagai penyelesaian untuk menempatkan golongan miskin dengan keadaan hidup yang lebih baik berbanding penempatan setinggan, tanpa kita sedari inisiatif ini telah menimbulkan masalah baharu iaitu ‘perumahan usang serta tidak berkualiti untuk golongan miskin’ terutama di bangunan berstrata. Semua kompleks perumahan berada dalam kualiti yang tidak baik kerana pembiayaan yang tidak mencukupi untuk kerja-kerjakan penyelenggaraan dan pembaikan. Ini menimbulkan kesan negatif kepada kesejahteraan penduduk serta meningkatkan kos penyelenggaraan kepada mereka yang memiliki rumah tersebut.

Langkah-langkah holistik yang dicadangkan - KRI mencadangkan pendekatan holistik baru dalam merangka dasar perumahan sosial melalui tiga teras dasar dengan sembilan cadangan dasar. Tiga teras dasar tersebut merangkumi perubahan dalam dasar perumahan sosial daripada hanya dilihat sebagai **penyelesaian pembinaan (unit dibina) ke tanggungjawab pengurusan. Ini termasuk:

1. Pengurusan isi rumah PPR: untuk mewujudkan senarai daftar isi rumah berdasarkan keperluan perumahan dengan kriteria kelayakan yang melangkaui tahap pendapatan seperti saiz isi rumah, kurang upaya, usia tua dan kecacatan fizikal.
2. Pengurusan unit perumahan PPR:untuk menambah baik piawaian perumahan PPR sedia ada dan akan datang, dengan pelbagai GFA untuk menampung saiz isi rumah yang berbeza.
3. Pengurusan unit perumahan sektor swasta: untuk mengelakkan isi rumah yang beralih/ ‘graduasi’ dari perumahan sosial daripada tinggal dalam keadaan perumahan yang lebih memudaratkan di pasaran bebas.

Related Experts
No items found.
related to this event
No items found.

Want more stories like these in your inbox?

Stay ahead with KRI, sign up for research updates, events, and more

Thanks for subscribing. Your first KRI newsletter will arrive soon—filled with fresh insights and research you can trust.

Oops! Something went wrong while submitting the form.
Follow Us On Our Socials