
Roundtable Discussion: Ekonomi Penjagaan - Memperkasa Suri, Membina Keluarga dan Masyarakat Sejahtera
Pada 27 Februari 2025, Khazanah Research Institute (KRI) bersama Persatuan Suri Rumah Rahmah Malaysia (SRR) telah menganjurkan Perbincangan Meja Bulat (Roundtable Discussion, RTD) untuk membincangkan hasil Perbincangan Kumpulan Berfokus (Focus Group Discussion, FGD) yang dianjurkan pada 24 dan 25 Februari. RTD ini menghimpunkan para penyelidik dan kumpulan pakar bagi mengkaji dan memperhalusi pandangan yang diberikan para suri rumah dalam FGD tersebut.
Perbincangan tersebut meneliti tahap kesejahteraan suri rumah, cabaran-cabaran yang dihadapi serta jenis sokongan yang diperlukan dalam empat segmen iaitu sosial, pendidikan, kesihatan dan ekonomi. Para penyelidik dan panel pakar menekankan kepentingan untuk memahami apakah faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan para suri rumah dalam menguruskan keluarga. Mereka juga membincangkan jenis sokongan yang diperlukan untuk memperkasa wanita di rumah dan di tempat kerja.
Sesi ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan KRI untuk memacu reformasi ekonomi penjagaan dan pemerkasaan wanita demi pembangunan Malaysia yang inklusif. Pihak KRI dan SRR merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua hadirin atas penglibatan mereka serta pandangan yang dikongsikan.
Want more stories like these in your inbox?
