Roundtable
-
August 26, 2025
Roundtable
-
Aug 26, 2025

Roundtable Discussion: Pemberdayaan Suri Rumah

Aug 26, 2025
-
Sep 26, 2025
8:00 am
-
5:00 pm
Khazanah Research Institute
Register Now

Pada 26 Ogos 2025, Khazanah Research Institute (KRI) bersama Persatuan Suri Rumah Rahmah Malaysia (SRR) telah menganjurkan Perbincangan Meja Bulat (Roundtable Discussion, RTD) bertemakan Pemberdayaan Suri Rumah.

RTD ini menghimpunkan para penyelidik, kumpulan pakar dan para suri rumah untuk membincangkan dapatan utama daripada Tinjauan Ekonomi Penjagaan: Memperkasa Suri Rumah, Membina Keluarga dan Masyarakat Sejahtera yang diadakan pada 16 Mei sehingga 30 Jun 2025. Para hadirin mengupas keadaan dan cabaran yang dihadapi suri rumah dalam empat bidang utama, iaitu ekonomi, pendidikan, sosial dan kesihatan. Perbincangan turut memberi tumpuan terhadap dasar dan program sokongan yang boleh diperkukuh untuk mengiktiraf dan menghargai peranan suri rumah. Hasil perbincangan ini akan diterjemahkan kepada sebuah Kertas Perbincangan oleh KRI dan sebuah Buku Panduan untuk Suri Rumah oleh SRR yang bakal diterbitkan.

Bersempena sesi ini, KRI dan SRR turut memeterai sebuah Perjanjian Kerjasama sebagai langkah memperkukuh hubungan dan kerjasama strategik antara kedua-dua organisasi. Usaha ini bertujuan untuk menghasilkan cadangan dasar dan sumber praktikal yang memacu pemerkasaan wanita dengan lebih inklusif dan berdaya tahan. Pihak KRI dan SRR merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua hadirin atas penglibatan mereka serta pandangan yang dikongsikan.

Want more stories like these in your inbox?

Stay ahead with KRI, sign up for research updates, events, and more

Thanks for subscribing. Your first KRI newsletter will arrive soon—filled with fresh insights and research you can trust.

Oops! Something went wrong while submitting the form.
Follow Us On Our Socials