KRI PRESS |
Aug 20, 2025
Bajet 2023: Menongkah badai untuk kesejahteraan semua

## Siaran Media Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Melalui tumpuan yang holistik dan mampan dalam mendepani cabaran mendatang, Bajet 2023 dilihat mampu mencapai matlamatnya ke arah memperkukuh pemulihan ekonomi dan kesejahteraan Keluarga Malaysia. Langkah-langkah yang diumumkan adalah tepat dan berani dalam usaha _menongkah badai_ yang bakal dihadapi negara pada tahun 2023, lanjutan ketidaktentuan ekonomi global serta konflik geopolitik dan gangguan rantaian bekalan yang menyumbang kepada inflasi.
KRI amat bersetuju dengan tumpuan yang diberikan kepada empat segmen utama, iaitu rakyat, perniagaan, ekonomi dan kerajaan. Bajet 2023 juga merupakan bajet bertanggungjawab, ditunjangi strategi yang realistik dan praktikal.
Dalam konteks Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, KRI menyambut baik langkah-langkah dalam Bajet 2023 untuk terus menyokong pewujudan peluang pekerjaan, pengukuhan perlindungan sosial, jaminan sekuriti makanan, menangani impak perubahan iklim serta merancakkan aktiviti ekonomi dipacu teknologi digital.
KRI percaya penambahbaikan bantuan tunai dan subsidi berupaya meringankan beban masyarakat, terutamanya golongan rentan dan berpendapatan rendah. Peluasan jaringan perlindungan sosial kepada pekerja yang bekerja sendiri dan surirumah di bawah PERKESO dan KWSP akan melindungi golongan tersebut daripada risiko kejutan ekonomi. Penurunan kadar cukai pendapatan pula akan menambah pendapatan boleh guna golongan pertengahan yang tertekan dengan peningkatan kos sara hidup.
Tumpuan kepada peningkatan potensi pasaran buruh adalah kritikal bagi memastikan masyarakat mampu berdikari dengan menikmati pendapatan yang lebih baik. Insentif untuk mengembangkan industri aeroangkasa, farmaseutikal, peranti perubatan, automotif dan petrokimia serta peruntukan untuk penyelidikan dan pembangunan menunjukkan kesungguhan Kerajaan untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan baru. Peruntukan untuk program latihan kemahiran oleh HRD Corp serta Dana Inovasi Digital dilihat dapat memperkasakan ekonomi rakyat melalui peningkatan kemahiran secara holistik.
Memastikan kelestarian dan kemampanan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) adalah penting lantaran sumbangan besar mereka dalam pertumbuhan ekonomi dan penyediaan peluang pekerjaan. Pengurangan kadar cukai perniagaan dan inisiatif Semarak Niaga sebanyak RM45 bilion melalui kemudahan kredit mikro dan pinjaman mudah, jaminan pembiayaan serta pemberian geran _one-off_ kepada penjaja berupaya memastikan PMKS kekal berdaya saing. Malah, peruntukan RM10 bilion dari BNM untuk automasi dan pendigitalan PMKS mampu melonjakkan lagi prestasi mereka kepada ekonomi negara.
Isu perubahan iklim bukan sahaja memberi kesan langsung terhadap kehidupan penduduk setempat malah boleh menjejaskan kelestarian sekuriti makanan negara. Usaha menanganinya melalui peruntukan inisiatif Rancangan Tebatan Banjir adalah tepat memandangkan bencana alam kini berlaku lebih kerap dan kencang. Sekuriti makanan negara pula terus dimantapkan dalam Bajet 2023 melalui pelaburan oleh GLC/GLIC serta subsidi dan insentif kepada petani dan nelayan.
Sesungguhnya, Bajet 2023 berjaya memberi fokus berterusan terhadap kemampanan ekonomi berpaksikan kesejahteraan Keluarga Malaysia.
**TAMAT**
* * *
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Najyah Johar Salim melalui e-mel ( [najyah.johar@krinstitute.org](mailto:najyah.johar@krinstitute.org)) atau melalui: 03-2034 0000.

Want more stories like these in your inbox?