KRI PRESS |
Aug 20, 2025
Belanjawan 2023: Mencerminkan Prinsip Malaysia MADANI

## Siaran Media Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Belanjawan MADANI 2023 merupakan langkah yang tepat dalam menghadapi cabaran yang sukar, terutamanya di tengah-tengah gangguan rantaian bekalan global dan kenaikan harga makanan.
Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 yang bakal diumumkan adalah langkah yang signifikan untuk mencapai pertumbuhan nilai tambah yang tinggi. Pembiayaan bersasar sebanyak RM1.5 bilion oleh GLC untuk syarikat pemula tempatan adalah untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi berasaskan inovasi. Sebanyak RM40 bilion disediakan dalam bentuk geran dan pinjaman untuk pembangunan perniagaan PKMS. Pembiayaan tambahan untuk digitalisasi dan automasi juga disediakan untuk membolehkan perniagaan kekal bertahan dan terus bersaing.
KRI mengalu-alukan usaha yang diambil untuk meningkatkan pendapatan isi rumah di pelbagai lapisan. Langkah-langkah untuk memperkasakan potensi isi rumah berpendapatan rendah melalui Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR), insentif kepada majikan untuk peningkatan gaji bagi kumpulan sasaran, serta pengurangan kadar cukai bagi isi rumah M40 benar-benar mencerminkan konsep Kesejahteraan bagi semua rakyat Malaysia.
Perluasan perlindungan sosial PERKESO kepada mereka yang bekerja sendiri melalui sumbangan caruman sebanyak 80% oleh kerajaan, serta sumbangan sebanyak RM500 ke akaun 1 KWSP bagi mereka yang berumur antara 40-54 tahun dengan simpanan persaraan yang rendah merupakan inisiatif yang signifikan kepada kesejahteraan golongan berpendapatan rendah.
Fokus Belanjawan 2023 dalam menangani risiko perubahan iklim yang semakin meningkat diterjemah melalui peningkatan Transfer Fiskal Ekologi (EFT) bagi mempertahankan khazanah semula jadi. Sementara itu, agihan bakul atau baucar makanan melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada 8.7 juta penerima yang berjumlah RM8 bilion merupakan langkah penting kepada kemampuan dan aksesibiliti makanan rakyat.
KRI percaya bahawa Belanjawan 2023 dapat memastikan pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan, menanam keyakinan melalui reformasi institusi dan tadbir urus, serta meningkatkan keadilan sosial.
**TAMAT**
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Najyah Johar Salim melalui e-mel (najyah.johar@krinstitute.org) atau melalui: 03-2034 0000.

Want more stories like these in your inbox?