KRI PRESS |
Nov 6, 2020
Belanjawan Untuk Negara Bergerak ke Hadapan dengan Harapan dan Keyakinan

## Belanjawan Untuk Negara Bergerak ke Hadapan dengan Harapan dan Keyakinan
Kita hidup dalam masa yang luar biasa. Dengan latar belakang wabak Covid-19 yang berterusan, penekanan Belanjawan 2021 terhadap kehidupan dan kesejahteraan hidup semua rakyat Malaysia adalah menepati waktu. Kami menyambut baik liputan Belanjawan 2021, dengan pertimbangan keutamaan yang tepat. Kami ingin mengetengahkan perkara berikut:
Dalam menghadapi wabak Covid-19, kerajaan telah memberikan peruntukan yang tertinggi bagi sektor kesihatan. KRI menyambut baik perkara ini sebagai tanda komitmen untuk memastikan bahawa sistem kesihatan negara berada pada tahap terbaik dalam menangani wabak tersebut. Selain peruntukan khusus untuk Covid-19, langkah-langkah meningkatkan daya tahan rakyat secara keseluruhan terhadap pelbagai penyakit amat dialu-alukan, termasuk peruntukan RM90 juta untuk program imunisasi pneumokokus yang diharapkan dapat melindungi 500,000 kanak-kanak. Perhatian serius terhadap kesihatan mental sangat dipuji, khasnya dalam situasi Covid-19 sekarang. Peruntukan untuk kesihatan ini diharapkan akan meletakkan Malaysia dalam kedudukan yang baik dalam menangani krisis kesihatan awam yang sedang dihadapi.
Penambahbaikan dalam bantuan sosial untuk golongan miskin dan rentan juga amat tepat bertepatan dengan semakan semula pendapatan garis kemiskinan (PGK) yang telah meningkatkan jumlah isi rumah yang dikategorikan sebagai “miskin”. Peningkatan jumlah bantuan untuk orang kurang upaya, warga tua, dan keluarga miskin yang mempunyai ramai tanggungan akan memberikan sokongan yang sangat diperlukan oleh golongan tersebut dalam menangani kos sara hidup yang semakin meningkat. Pelaksanaan Skim Prihatin Rakyat (BPR) akan menambahbaik penyampaian skim sedia ada (Bantuan Sara Hidup) dengan mengambilkira tanggungan dan kepelbagaian keperluan isi rumah.
Belanjawan 2021 menunjukkan komitmen Kerajaan dalam meningkatkan peluang pekerjaan, sekaligus memberi manfaat kepada golongan belia dan graduan. Skim Jaminan Penjanaan Pekerjaan (JanaKerja), Program Pekerjaan Jangka Pendek (MySTEP) dan sambungan subsidi upah bersasar adalah bertepatan dalam menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan. Melalui inisiatif-inisiatif ini, lebih daripada 500,000 pekerjaan baharu disasarkan tahun depan. Diharapkan inisiatif ini akan memberi kesan positif kepada pasaran buruh negara.
Penyediaan pusat jagaan kanak-kanak di bangunan awam dan swasta akan meringankan beban wanita yang bekerja, terutama pekerja barisan hadapan, serta mendorong penyertaan wanita dalam pasaran kerja. Pemberian sokongan sosial sebanyak RM21 juta untuk wanita yang menghadapi keganasan rumah tangga dan perceraian juga amat disambut baik.
Wabak Covid-19 telah mempercepat transformasi digital di negara ini dan menjadikan isu-isu berkaitan keperluan digital menjadi lebih mendesak. Peruntukan sebanyak RM150 juta untuk mendorong pengusaha tempatan menggunakan perkhidmatan digital melalui Kempen e-Dagang PKS dan PKS Mikro berpotensi merangsang ekonomi digital di negara ini. Peruntukan RM100 juta melalui MDEC untuk memberi latihan ICT kepada tenaga kerja sedia ada dilihat sangat tepat dalam meningkatan kemahiran digital tenaga kerja bagi melonjakkan penyertaan yang lebih bermakna dalam ekonomi digital. Dalam memastikan inklusiviti digital, pemberian kredit telekomunikasi RM180 untuk isi rumah B40 dan peruntukan RM500 juta untuk sambungan internet di 430 sekolah adalah menggalakkan.
Belanjawan 2021 adalah langkah penting untuk membolehkan negara menghadapi krisis Covid-19 secara jitu, dan bergerak maju dengan harapan dan keyakinan.
**TAMAT**
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Najyah Johar Salim (najyah.johar@krinstitute.org) atau hubungi talian 03-2034 0000.

Want more stories like these in your inbox?