KRI PRESS  |
Aug 20, 2025

Ekonomi Madani: Sandaran rakyat ke arah Malaysia makmur

## Ekonomi Madani: Sandaran rakyat ke arah Malaysia makmur

Ekonomi Madani merupakan satu kerangka menyeluruh serta seimbang dalam meletakkan Malaysia pada landasan yang lebih baik untuk masa hadapan, dengan mengakui cabaran-cabaran penting yang perlu ditangani. Strategi-strategi berkaitan pembangunan industri, digitalisasi dan pelaburan dijangka akan merancakkan aktiviti ekonomi lantas memberi pulangan yang lebih baik kepada perniagaan dan gaji yang lebih tinggi kepada pekerja-pekerja di sektor swasta dan awam.

Menyedari hakikat bahawa tumpuan kepada pembangunan ekonomi semata-mata boleh menyumbang kepada ketidakseimbangan antara wilayah dan komuniti, polisi berkaitan perlindungan sosial dijangka mampu merapatkan jurang sedia ada. Penekanan kepada perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan perumahan secara langsung akan meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Tumpuan kepada aspek tatakelola disambut baik memandangkan ini adalah kunci kepada kejayaan pelan Ekonomi Madani. Dengan kepimpinan politik dan sokongan rakyat, sasaran reformasi tatakelola dan sistem penyampaian perkhidmatan akan memperkukuhkan keyakinan rakyat dan pelabur luar, sekaligus memulihkan daya saing negara di peringkat antarabangsa.

Ekonomi Madani yang menumpukan pemerkasaan rakyat dan pembangunan ekonomi mampan mencerminkan komitmen bersama ke arah Malaysia makmur.

**TAMAT**

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Najyah Johar Salim melalui e-mel (najyah.johar@krinstitute.org) atau melalui: 03 2705 6103.
related to this event

Want more stories like these in your inbox?

Stay ahead with KRI, sign up for research updates, events, and more

Thanks for subscribing. Your first KRI newsletter will arrive soon—filled with fresh insights and research you can trust.

Oops! Something went wrong while submitting the form.
Follow Us On Our Socials