KRI PRESS  |
Apr 10, 2019

Institut Penyelidikan Khazanah Menggesa Rakyat untuk Mengubah Persepsi Kita Terhadap Kepentingan Beras dan Status Jaminan Makanan Negara

## Latar Belakang
Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) hari ini telah melancarkan penerbitan terkininya bertajuk “_The Status of the Paddy and Rice in Malaysia_” (KRI _Rice Report_) dalam sesi perbincangan mengenai isu “The State of Food in Malaysia”.

## Dapatan Utama
1. **Jaminan makanan negara bukan hanya melibatkan pengeluaran beras.** Ia bersifat multidimensi, meliputi aspek ketersediaan, aksesibiliti, penggunaan dan kestabilan.
2. **Industri padi lemah disebabkan wujud pengutamaan kepada segmen tertentu sahaja.** Kepercayaan dan pengukuhan keseluruhan rantaian bekalan haruslah dipupuk.
3. **Malaysia ketinggalan dalam penghasilan varieti padi baharu.** Penyertaan pembiak baka daripada sektor swasta dan universiti perlu digalakkan.
4. **Golongan miskin, penduduk luar bandar dan bukan warganegara adalah pengguna yang paling terdedah kepada perubahan bekalan dan harga beras.** Dasar yang lebih inklusif harus mengambil berat kedua-dua jenis pengguna.

"Untuk mengukuhkan industri padi dan beras, kita harus memastikan bahawa tiada segmen rantaian bekalan atau mana-mana komuniti di negara ini ditinggalkan", kata Dr Sarena.

## Kesimpulan
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai industri padi dan beras di Malaysia, layari laman web KRI di www.krinstitute.org untuk laporan lengkap dan ringkasan infografik.
related to this event

Want more stories like these in your inbox?

Stay ahead with KRI, sign up for research updates, events, and more

Thanks for subscribing. Your first KRI newsletter will arrive soon—filled with fresh insights and research you can trust.

Oops! Something went wrong while submitting the form.
Follow Us On Our Socials