Views
Dec 18, 2024
6
Minutes read

Inisiatif Digital Kerajaan: Memanfaatkan Trend Digital Pra dan Pasca Pandemik

Author
Salbiah Idris
Research Associate
Salbiah Idris
Research Associate
Co - Author
No items found.
Loading the Text to Speech AudioNative Player...
Key Takeaway
Data Overview
Trend penggunaan digital pra sehingga pasca pandemik di Malaysia telah dibincangkan oleh KRI melalui penerbitan laporan bertajuk ‘The State of Households 2024’ (SOH 2024). Rencana ini akan fokus kepada trend capaian internet dan penggunaan digital serta bagaimana trend-trend ini dapat dimanfaatkan untuk penambahbaikan penyampaian perkhidmatan Kerajaan secara atas talian.
inisiatif-digital-kerajaan-memanfaatkan-trend-digital-pra-dan-pasca-pandemik
Views
Individual perspectives on current issues help people understand the issue better and raise awareness through informed opinions and reflections.

Pengenalan

Interaksi fizikal yang terhad semasa pandemik Covid-19 telah memaksa kerajaan, perniagaan, dan individu berusaha mencari penyelesaian digital sepenuhnya dalam memenuhi keperluan harian. Peralihan kepada norma baharu bukan sahaja menguji ketahanan infrastruktur digital sedia ada negara tetapi juga menunjukkan trend penggunaan digital di kalangan penduduk Malaysia ketika kaedah digital lebih diutamakan berbanding kaedah fizikal.

Trend penggunaan digital di Malaysia dalam tempoh pra hingga pasca pandemik dapat memberi gambaran tentang cabaran dan peluang dalam meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan atas talian kerajaan, sekaligus memperkasa agenda transformasi digital negara. Kerajaan juga dapat menilai keberkesanan inisiatif-inisiatif sedia ada atau yang sedang dirancang berdasarkan trend penggunaan digital pada tempoh ini.

Trend Penggunaan Digital Tahun 2019 hingga 2022

Trend penggunaan digital pra sehingga pasca pandemik di Malaysia telah dibincangkan oleh KRI melalui penerbitan laporan bertajuk ‘The State of Households 2024 (SOH 2024). Trend ini boleh dianggap sebagai penanda aras kepada penerimaan dan penggunaan teknologi digital dalam kehidupan harian penduduk di Malaysia kerana analisis adalah berdasarkan tahun di mana interaksi fizikal telah digantikan hampir sepenuhnya dengan interaksi digital, yang belum pernah terjadi sebelumnya. Rencana ini akan fokus kepada trend capaian internet dan penggunaan digital serta bagaimana trend-trend ini dapat dimanfaatkan untuk penambahbaikan penyampaian perkhidmatan Kerajaan secara atas talian.

Akses kepada Telefon Pintar dan Jalur Lebar yang Lebih Tinggi

Majoriti penduduk Malaysia mempunyai akses yang lebih tinggi kepada telefon pintar dan jalur lebar mudah alih. Rajah 1 menunjukkan bahawa capaian telefon pintar, komputer, dan internet (jalur lebar tetap dan mudah alih) meningkat secara berterusan daripada tahun 2019 hingga tahun 2022 bagi kedua-dua isi rumah bandar dan luar bandar. Secara keseluruhannya, penggunaan telefon pintar adalah lebih tinggi berbanding penggunaan komputer, manakala akses kepada jalur lebar mudah alih secara konsisten adalah lebih tinggi daripada jalur lebar tetap bagi kedua-dua jenis isi rumah. Kawasan bandar masih mempunyai akses yang lebih tinggi berbanding kawasan luar bandar bagi kesemua jenis capaian. Namun, kadar capaian kawasan luar bandar bagi capaian telefon pintar dan jalur lebar mudah alih juga tinggi iaitu masing-masing pada 93.7% dan 90.1%. Ini menunjukkan bahawa sebahagian besar penduduk di kawasan luar bandar juga menggunakan telefon pintar dengan akses internet jalur lebar mudah alih.

Penggunaan Digital Meningkat Namun Tidak Berterusan Pasca-Pandemik

Laporan SOH 2024 juga menunjukkan bahawa penggunaan digital adalah meningkat semasa pandemik namun tidak berterusan. Berdasarkan lima tujuan capaian internet yang dipilih untuk rencana ini, Rajah 3 menunjukkan penggunaan internet untuk media sosial kekal sebagai kategori paling popular untuk semua peringkat umur di mana kategori ini telah mencapai tahap tepu sebelum pandemik walaupun pengguna yang berusia 60 tahun dan ke atas agak ketinggalan berbanding kumpulan umur yang lain. Penggunaan perbankan internet menunjukkan peningkatan daripada tahun 2019 hingga 2021 kecuali bagi pengguna berusia antara 15-19 tahun yang menunjukkan penurunan penggunaan antara tahun 2020 dengan 2021. Kumpulan umur 15 hingga 39 tahun terus menunjukkan peningkatan untuk akses kepada perbankan internet pada tempoh yang sama, tetapi bagi kumpulan umur 40 tahun dan ke atas masing-masing menunjukkan trend penggunaan yang mendatar dan menurun.

Pemantapan Perkhidmatan Digital Kerajaan

Berdasarkan trend-trend digital di atas, dapat dilihat bahawa inisiatif-inisiatif Kerajaan untuk sentiasa menambahbaik infrastruktur digital telah mempamerkan keberkesanan, antaranya majoriti rakyat Malaysia kini sekurang-kurangnya memiliki akses kepada internet jalur lebar mudah alih dan telefon pintar. Perkara ini adalah selaras dengan Laporan E-Government Development Index (EGDI) yang menganalisis sejauh mana kerajaan menggunakan teknologi digital untuk menyediakan perkhidmatan awam, berinteraksi dengan rakyat, dan meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti. EGDI menilai berdasarkan kepada tiga dimensi utama iaitu perkhidmatan atas talian, infrastruktur telekomunikasi, dan modal insan.

Aplikasi Mudah Alih Sehenti (One-Stop Mobile Application)

Bagi memanfaatkan majoriti penggunaan telefon pintar dan capaian internet jalur lebar mudah alih, pembangunan aplikasi mudah alih untuk perkhidmatan atas talian kerajaan adalah inisiatif yang tepat bagi memastikan perkhidmatan senang diakses oleh majoriti rakyat Malaysia. Pelbagai perkhidmatan atas talian kerajaan boleh digabungkan secara komprehensif di dalam satu Aplikasi Mudah Alih Sehenti (One-Stop Mobile Application). Pembangunan aplikasi mudah alih secara hibrid juga bersesuaian di mana Aplikasi Mudah Alih Sehenti dihubungkan dengan aplikasi-aplikasi khusus lain.

Pengukuhan Tadbir Urus dan Perlindungan Data

Perkhidmatan atas talian seharusnya menjadi pilihan utama oleh orang ramai kerana lebih kos efektif dan boleh diakses pada bila-bila masa tanpa mengira lokasi. Namun perkhidmatan fizikal masih menjadi pilihan di kalangan pengguna selepas pandemik. Penerimaan teknologi bergantung kepada infrastruktur dan peraturan digital, di mana kepercayaan masyarakat terhadap kerangka digital nasional boleh terjejas akibat perlindungan data yang lemah atau infrastruktur digital yang tidak selamat, atau kedua-duanya.

Penutup

Analisis trend penggunaan digital di Malaysia sebelum dan selepas pandemik COVID-19 menunjukkan penambahbaikan yang signifikan dalam capaian kepada teknologi digital, terutamanya jalur lebar mudah alih dan telefon pintar. Walaupun peningkatan penggunaan digital semasa pandemik memangkin pendigitalan, momentum ini tidak berterusan dengan konsisten pasca-pandemik terutama di kalangan pengguna yang lebih berusia. Ruang penambahbaikan dalam infrastruktur digital dan perkhidmatan kerajaan atas talian di Malaysia masih luas untuk memanfaatkan sepenuhnya faedah transformasi digital. Mengutamakan tadbir urus data yang kukuh, keselamatan siber, dan platform digital yang mesra pengguna adalah penting untuk meningkatkan penerimaan dan penggunaan perkhidmatan digital.

Read Full Publication
featured report

Conclusion

Download Resources
Files uploaded
Footnotes
Attributes
References
["CyberSecurity Malaysia. 2023. “Mid-Year Report Threat Landscape.” Ministry of Communication and Digital Malaysia. https://www.cybersecurity.my/data/content_files/26/2511.pdf.","Department of Economic and Social Affairs, United Nations. 2024a. “E-Government Development Index.” UN E-Government Knowledgebase. 2024. https://publicadministration.un.org/egovkb/en-us/Data/Country-Information/id/103-Malaysia.","Department of Economic and Social Affairs, United Nations. 2024b. E-Government Survey 2024 - Accelerating Digital Transformation for Sustainable Development with the Addendum on Artificial Intelligence. New York: United Nations. https://desapublications.un.org/sites/default/files/publications/2024-09/%28Web%20version%29%20E-Government%20Survey%202024%201392024.pdf.","Gong, Rachel. 2024. “Simplify Systems to Make Digital Public Services Easier to Use.” Khazanah Research Institute, August, 8.","International Institute for Management Development. 2023. “IMD World Digital Competitiveness Ranking 2023.” International Institute for Management Development,. https://imd.widen.net/s/bnctnmpxcf/digital_2023.","Jabatan Digital Negara. 2024. Anjakan Strategi Digital First 2024 - 2025. Trek Strategis, Bahagian Perundangan Digital, Jabatan Digital Negara. https://www.jdn.gov.my/anjakan-strategidigital-first/.","Khazanah Research Institute. 2024. “Households and the Pandemic 2019-2022: The State of Households 2024.” Kuala Lumpur: Khazanah Research Institute. https://www.krinstitute.org/assets/contentMS/img/template/editor/[WEBSITE]%20SoH%202024%20Report%20FINAL%20v2.pdf.","Tan, Jun-E. 2023. “Menangani Isu Hak Berpaksikan Data: Melindungi Kembar Digital Kita.” Khazanah Research Institute, 5."]
Photography Credit

Related to this Publication

No results found for this selection
You can  try another search to see more

Want more stories like these in your inbox?

Stay ahead with KRI, sign up for research updates, events, and more

Thanks for subscribing. Your first KRI newsletter will arrive soon—filled with fresh insights and research you can trust.

Oops! Something went wrong while submitting the form.
Follow Us On Our Socials