Views
Nov 29, 2024
6
Minutes read

Masyarakat Menua: Tiga Cabaran Utama Sebagai Fokus Dasar

Author
Hafiz Hafizi Suhaimi
Research Associate
Hafiz Hafizi Suhaimi
Research Associate
Co - Author
No items found.
Loading the Text to Speech AudioNative Player...
Key Takeaway
Data Overview
Rencana ini menggariskan beberapa cabaran utama yang wujud akibat daripada fenomena penuaan yang bukan hanya berlaku di Malaysia, malah seluruh dunia. Cabaran tersebut termasuklah mengenai penyusutan jumlah tenaga buruh, keperluan warga emas untuk terus bekerja dan permintaan terhadap penjagaan warga emas yang kian meningkat. Penelitian kepada cabaran ini amat relevan dan penting dalam usaha kerajaan untuk membangunkan dasar penuaan yang lebih responsif, komprehensif dan berfokus.
masyarakat-menua-tiga-cabaran-utama-sebagai-fokus-dasar
Views
Individual perspectives on current issues help people understand the issue better and raise awareness through informed opinions and reflections.

Pengenalan

Belanjawan 20251 telah menggariskan beberapa inisiatif dan pendekatan responsif dalam menangani isu dan cabaran yang dihadapi warga emas di Malaysia. Ini termasuklah peningkatan peruntukan khusus untuk bantuan tunai, pemindahan simpanan antara generasi serta agenda perlindungan sosial yang lain.

Namun begitu, pelan jangka panjang yang lebih strategik perlu dibangunkan segera supaya Malaysia tidak terlambat untuk mendepani fenomena masyarakat menua yang dijangka memberi impak besar terhadap ekonomi, sistem penjagaan kesihatan, dan struktur sosial negara2.

Fenomena ini berlaku di seluruh dunia, dan Malaysia tidak terkecuali. Menariknya, proses penuaan masyarakat ini adalah senario yang belum pernah dialami sebelumnya, dan apabila ia berlaku, fenomena ini tidak dapat diputar kembali. Perubahan demografi ini adalah sesuatu yang boleh dijangka. Maka, kita boleh mengambil langkah proaktif dengan membangunkan pelan yang terancang serta menyeluruh sebelum terlambat. Terdapat tiga cabaran utama yang boleh dijadikan asas untuk pembangunan dasar yang lebih menyeluruh dalam menghadapi fenomena masyakat menua ini.

Tenaga Buruh Mengecil

Cabaran pertama adalah penyusutan jumlah tenaga buruh, iaitu individu yang berada dalam lingkungan umur 15 hingga 64 tahun. Senario ini berlaku apabila jangkaan usia meningkat, diiringi dengan penurunan kadar kelahiran dan kematian yang lebih rendah3. Malaysia masih berada dalam keadaan yang agak menguntungkan kerana cabaran ini belum berlaku sepenuhnya. Negara masih menikmati dividen demografi apabila masih mencatatkan peningkatan jumlah tenaga buruh, selari dengan pertambahan jumlah penduduk.

Namun, kita kini berada di penghujung fasa dividen demografi, dan langkah progresif perlu diambil bagi menangani cabaran lebih besar yang menanti di hadapan. Sasaran yang telah ditetapkan kerajaan melalui Kerangka Ekonomi MADANI untuk meningkatkan jumlah penyertaan wanita dalam pasaran buruh kepada 60 peratus adalah langkah wajar dalam usaha mengembangkan saiz tenaga buruh negara4. Namun, cabaran yang dihadapi oleh wanita untuk bekerja perlu diperhalusi dan disantuni dengan baik5. Sekiranya ini berjaya dilakukan, penyusutan jumlah tenaga buruh akibat fenomena masyarakat menua boleh ditangani sekaligus mengurangkan kesannya kepada pembangunan negara.

Bekerja di Usia Tua

Cabaran kedua adalah keperluan warga emas untuk terus bekerja, sama ada bagi menyara kehidupan atau memenuhi keperluan sosial demi kekal aktif. Bekerja pada usia tua seharusnya dapat dielakkan sekiranya mempunyai jaminan kewangan yang mencukupi. Namun, hanya segelintir pekerja, termasuk penjawat awam, yang mempunyai jaminan pendapatan selepas bersara melalui manfaat skim pencen.

Bagi mereka yang perlu mencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tujuan membina simpanan persaraan sendiri, masih terdapat ramai yang tidak mempunyai dana yang mencukupi6. Ini belum termasuk golongan yang tidak mencarum dalam KWSP, mempunyai risiko tinggi menjadi miskin tegar apabila mencapai usia tua.

Di samping itu, pasaran kerja turut memerlukan intervensi yang dinamik dan bersesusaian untuk membolehkan mereka yang berusia ini kembali bekerja. Peluang pekerjaan yang bersifat fleksibel, ruang meningkatkan kemahiran yang luas serta gaji yang setimpal merupakan antara perkara asas yang menjadi harapan warga emas untuk terus bekerja demi meniti kehidupan di hujung usia. Peranan kerajaan bagi memastikan pasaran kerja mampu menerima dan menyerap pekerja berusia ini amat signifikan supaya kumpulan ini tidak terus terasing dalam arus pembangunan, selain boleh mengurangkan beban tanggungan penjagaan mereka.

Penjagaan Warga Emas

Cabaran ketiga, yang juga cabaran terbesar, adalah keperluan penjagaan warga emas7. Malaysia telah membangunkan beberapa dasar utama bagi memastikan kesejahteraan kumpulan ini terjamin, walaupun masih terdapat jurang dalam fokus yang telah digariskan tersebut. Kelompongan ini, sedikit sebanyak, telah diisi melalui penumpuan khusus yang terdapat dalam Rancangan Malaysia ke-12 berkaitan kesejahteraan warga emas. Antara lain, termasuklah mengenai penjagaan dan sokongan kepada warga emas, meningkatkan profesion penjaga, rangka tindakan masyarakat menua, memperkukuh program penjagaan kesihatan warga emas, menggalakkan kehidupan yang aktif dan sihat melalui sukan, memperbanyak pusat penjagaan geriatrik, pembangunan perumahan inklusif untuk manfaat warga emas dan sebagainya.

Dalam Belanjawan 2025 ini misalnya, kerajaan juga telah memperuntukkan sebanyak RM1.0 bilion untuk warga emas. Komitmen kerajaan bagi menyantuni warga emas ini amat jelas, namun fokus dan kaedah intervensi perlu dipelbagaikan lagi untuk memastikan lebih ramai warga emas boleh mendapat faedahnya tanpa mengira latar kehidupan, sosial dan ekonomi.

Memahami cabaran yang timbul daripada fenomena masyarakat menua ini adalah penting dalam merangka dasar dan intervensi yang tepat dan berkesan. Pelan Tindakan Masyarakat Menua perlu dilaksanakan segera supaya kita tidak terlambat dalam memastikan warga emas di Malaysia mendapat pembelaan, penjagaan dan penghormatan yang sewajarnya.

Read Full Publication
featured report

Conclusion

Download Resources
Files uploaded
Footnotes
Attributes
References
["BH. 2024. “90 Peratus Ahli KWSP Bawah 30 Tahun Dijangka Tak Cukup Wang Bersara.” September 26, 2024. https://www.bharian.com.my/bisnes/lainlain/2024/09/1303151/90-peratus-ahli-kwsp-bawah-30-tahun-dijangka-takcukup-wang-bersara","DOSM. 2023. “Vital Statistics 2023.”","Ilyana Mukhriz, Hafiz Hafizi Suhaimi, and Hawati Abdul Hamid. 2024. “Care in Malaysia: Emerging Trends, Challenges and Opportunities.”","MOF. n.d. “Laman Khas Belanjawan 2025.” Laman Khas Belanjawan 2025. n.d. https://belanjawan.mof.gov.my/ms/","PMO. 2023. “Teks Ucapan Ekonomi MADANI.” Malaysia MADANI. 2023. https://malaysiamadani.gov.my/ucapan-ekonomi-madani/","Puteri Marjan Megat Muzafar, and Hawati Abdul Hamid. 2024. “Gender Gap in the World of Work: Status and Progress.”","Zainab Ismail, Wan Ibrahim Wan Ahmad, Salasiah Hanin Hamjah, and I Komang Astina. 2021. “The Impact of Population Ageing: A Review.” Iranian Journal of Public Health, December. https://doi.org/10.18502/ijph.v50i12.7927"]
Photography Credit

Related to this Publication

No results found for this selection
You can  try another search to see more

Want more stories like these in your inbox?

Stay ahead with KRI, sign up for research updates, events, and more

Thanks for subscribing. Your first KRI newsletter will arrive soon—filled with fresh insights and research you can trust.

Oops! Something went wrong while submitting the form.
Follow Us On Our Socials