Views
Apr 18, 2022
6
Minutes read

Memahami Statistik Kebolehpasaran Graduan

Author
Hawati Abdul Hamid
Former Researcher
Hawati Abdul Hamid
Former Researcher
Co - Author
No items found.
Loading the Text to Speech AudioNative Player...
Key Takeaway
Data Overview
Kadar kebolehpasaran graduan pada 2021 meningkat 1.1 mata peratus kepada 85.5%, berbanding 84.4% pada 2020. Jika disorot kebelakang, kadar kebolehpasaran graduan adalah lebih rendah pada tahun 2018 iaitu hanya 80.2%. Prestasi yang lebih tinggi bagi 2021 ini menggambarkan seolah-olah krisis Covid-19 tidak begitu memberi kesan yang signifikan terhadap kebolehpasaran graduan, kecuali sedikit penurunan (1.8%) pada tahun 2020. Namun, kadar kebolehpasaran graduan hanya menggambarkan keberhasilan usaha membangunkan modal insan. Dua aspek yang lebih penting untuk diperhalusi adalah keupayaan graduan mendapat pekerjaan dan menjana pendapatan. Hanya sekitar 60% graduan berjaya mendapat pekerjaan dalam tempoh lebih kurang satu tahun selepas tamat belajar, sementara ketidaksepadanan pekerjaan dan kelayakan juga agak tinggi.
memahami-statistik-kebolehpasaran-graduan
Views
Individual perspectives on current issues help people understand the issue better and raise awareness through informed opinions and reflections.

Kebolehpasaran graduan

Menteri Pengajian Tinggi baru-baru ini mengumumkan bahawa kadar kebolehpasaran graduan pada 2021 meningkat 1.1 mata peratus kepada 85.5%, berbanding 84.4% pada 2020. Kadar kebolehpasaran yang direkodkan bagi graduan TVET pula lebih tinggi berbanding bukan TVET, iaitu masing-masing pada kadar 88.0% dan 83.7%.

Jika disorot kebelakang, kadar kebolehpasaran graduan adalah lebih rendah pada tahun 2018 iaitu hanya 80.2%. Prestasi yang lebih tinggi bagi 2021 ini menggambarkan seolah-olah krisis Covid-19 tidak begitu memberi kesan yang signifikan terhadap kebolehpasaran graduan, kecuali sedikit penurunan (1.8%) pada tahun 2020 (Rajah 1).

Pencapaian graduan di pasaran kerja

Kadar kebolehpasaran graduan sebenarnya sekadar menggambarkan keberhasilan usaha membangunkan modal insan (“marketability”). Namun statistik ini belum memadai dalam menilai prestasi graduan dalam pasaran pekerjaan. Dua aspek yang lebih penting untuk diperhalusi adalah keupayaan graduan mendapat pekerjaan (“employability”) dan menjana pendapatan (“earning-ability”).

Seperti yang dinyatakan di atas, walaupun kadar kebolehpasaran graduan pada 2021 berada pada tahap 85.5%, peratusan yang telah bekerja adalah lebih rendah, iaitu pada 61.6%. Statistik graduan bekerja ini pula melibatkan sebarang tahap kemahiran pekerjaan tanpa mengambilkira sama ada setara ataupun tidak dengan kelayakan graduan. Ini termasuklah pekerjaan di sektor tidak formal dan gig, kerja separuh masa, mahupun kerja makan gaji tetapi di tahap kemahiran yang lebih rendah.

Hakikatnya, statistik yang lebih bermakna sebagai petunjuk kejayaan dasar pendidikan negara serta prestasi institusi pengajian tinggi dalam menghasilkan graduan yang berdaya saing adalah tahap pendapatan graduan. Malangnya, seperti yang telah banyak diperbincangkan, pendapatan graduan yang memasuki alam pekerjaan sebaik tamat belajar adalah menyedihkan. Hampir 2 daripada 3 graduan bekerja hanya memperolehi pendapatan RM2,000 dan ke bawah pada tahun 2021.

Kesimpulan

Menangani masalah kesulitan graduan memasuki alam pekerjaan pastinya lebih rumit daripada apa yang terungkap dalam statistik kebolehpasaran graduan. Tambahan lagi, isu pengangguran graduan, ketidaksepadanan pekerjaan dengan pendidikan serta tahap dan pertumbuhan gaji yang rendah banyak berkait dengan struktur ekonomi negara yang dikatakan masih terperangkap dalam model ekonomi bernilai rendah.

Read Full Publication
featured report

Conclusion

Download Resources
Files uploaded
Footnotes
Attributes
References
["KPT. 2018-2021. “Kajian Pengesanan Graduan (bagi tahun 2018 sehingga 2021)”. Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi.","The Star. 2022. “M'sian graduates' employability went up in 2021 despite pandemic, says Higher Education Minister.” The Star Online, 2022. https://www.thestar.com.my/news/nation/2022/03/31/m039sian-graduates039-employability-went-up-in-2021-despite-pandemic-says-higher-education-minister"]
Photography Credit

Related to this Publication

No results found for this selection
You can  try another search to see more

Want more stories like these in your inbox?

Stay ahead with KRI, sign up for research updates, events, and more

Thanks for subscribing. Your first KRI newsletter will arrive soon—filled with fresh insights and research you can trust.

Oops! Something went wrong while submitting the form.
Follow Us On Our Socials