Views
Sep 18, 2024
6
Minutes read

Teknologi dan Implikasinya Terhadap Pasaran Kerja di Malaysia

Author
Dr Mohd Amirul Rafiq Abu Rahim
Senior Research Associate
Dr Mohd Amirul Rafiq Abu Rahim
Senior Research Associate
Co - Author
Goh Hao Yi
Goh Hao Yi
Loading the Text to Speech AudioNative Player...
Key Takeaway
Data Overview
Kemajuan teknologi yang pesat telah membawa perubahan yang ketara kepada industri dan pasaran buruh di seluruh dunia. Kemunculan platform digital dan automasi telah mendorong gelombang transformasi baharu, mencipta peluang untuk fleksibiliti dan kecekapan dalam pekerjaan. Namun, kemajuan ini juga menimbulkan pelbagai isu dan cabaran dalam pasaran buruh. Rencana ini membincangkan 5 isu kritikal pasaran buruh dalam konteks Malaysia, iaitu: 1. Polarisasi Pekerjaan 2. Kekurangan Bakat Teknologi 3. Jurang dan Ketidakpadanan Kemahiran 4. Penggantian Pekerjaan Akibat Automasi 5. Perubahan Struktur dan Penyahindustrian Pramatang. Perubahan landskap dan struktur pekerjaan tersebut menekankan kepentingan pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning).
teknologi-dan-implikasinya-terhadap-pasaran-kerja-di-malaysia
Views
Individual perspectives on current issues help people understand the issue better and raise awareness through informed opinions and reflections.

Teknologi dan Implikasinya Terhadap Pasaran Kerja di Malaysia

Kemajuan teknologi yang pesat telah merubah industri dan pasaran buruh di seluruh dunia. Dari kemunculan mesin tekstil pada abad ke-19 hingga kebangkitan komputer elektronik pada abad ke-20, setiap lonjakan teknologi membawa perubahan ekonomi dan sosial yang ketara. Kini, kemunculan platform digital dan automasi mendorong gelombang transformasi baharu, mencipta peluang untuk fleksibiliti dan kecekapan dalam tenaga kerja.

Namun, kemajuan ini juga menimbulkan cabaran seperti polarisasi pekerjaan, ketidakpadanan kemahiran, dan jurang bakat teknologi yang semakin meluas. Rencana ini membincangkan isu-isu ini secara kritikal dengan fokus kepada konteks Malaysia, meneroka implikasi terhadap lanskap pasaran buruh dan strategi untuk menangani cabaran tersebut.

Pengenalan

Kemajuan Teknologi dan Polarisasi Pekerjaan

Kemajuan teknologi memainkan peranan penting dalam sejarah perkembangan pasaran buruh. Walaupun ia telah mendorong pertumbuhan ekonomi dan mewujudkan industri baharu, ia juga menyebabkan polarisasi pekerjaan, di mana pekerjaan berkemahiran sederhana mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk digantikan oleh pekerjaan berkemahiran tinggi dan rendah. Dalam konteks Malaysia, analisis oleh KRI (2017) mendapati bahawa pekerjaan berasaskan rutin, terutamanya dalam kategori separuh mahir, paling terdedah kepada automasi. Fenomena ini, yang sering disebut sebagai "kemerosotan pekerjaan sederhana," (vanishing middle) telah berlaku di kebanyakan negara, termasuk Malaysia.

Kekurangan Bakat Teknologi: Perspektif Global dan Tempatan

Permintaan terhadap pekerjaan berkemahiran tinggi yang memerlukan kepakaran teknikal melebihi penawaran telah menyebabkan kekurangan bakat teknologi secara global. Menjelang 2030, dijangka terdapat 82 juta pekerjaan yang tidak diisi di seluruh dunia akibat kekurangan profesional teknologi yang berkelayakan. Kekurangan ini amat ketara dalam teknologi yang sedang muncul seperti kecerdasan buatan, keselamatan siber, dan sains data. Situasi ini turut berlaku di Malaysia, di mana keperluan yang semakin meningkat untuk bakat berkaitan teknologi namun terdapat jurang dan cabaran dari segi latihan kemahiran, pendidikan dan kesiapsiagaan tenaga kerja.

Jurang dan Ketidakpadanan Kemahiran di Malaysia

Jurang kemahiran di Malaysia adalah isu kritikal yang menghalang negara daripada bersaing dalam ekonomi digital global. Ketidakpadanan pekerjaan dan jurang bidang pengajian adalah serius, terutamanya dalam kalangan graduan baharu. Data Kajian Pengesanan Graduan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi menunjukkan hampir separuh graduan terlebih berkelayakan pada pekerjaan pertama mereka sebaik sahaja menamatkan pengajian. Ketidakpadanan antara pendidikan dan keperluan pasaran kerja ini bukan sahaja menyebabkan pasaran buruh kian tidak efisien tetapi juga mengehadkan potensi modal insan Malaysia.

Potensi Penggantian Pekerjaan Akibat Automasi

Automasi juga memberi ancaman kepada landskap pekerjaan di Malaysia, terutamanya yang melibatkan tugas rutin berulang. Adalah ganggarkan bahawa 11% hingga 54% pekerjaan di Malaysia mungkin terjejas secara signifikan oleh automasi dalam dua dekad akan datang. Kesan automasi tidak sama di semua sektor; pekerjaan dalam pembuatan, kerja perkeranian, dan industri perkhidmatan menghadapi risiko yang lebih tinggi disebabkan sifat rutin mereka. Pekerja warganegara akan paling terkesan kerana mereka merangkumi 90% daripada semua pekerjaan berkemahiran sederhana.

Cabaran Perubahan Struktur dan Penyahindustrian Pramatang

Malaysia menghadapi cabaran besar akibat perubahan struktur dalam ekonominya. Salah satu isu utama ialah penyahindustrian pramatang, di mana sektor pembuatan mengalami penurunan sebelum mencapai tingkat pembangunan ekonomi yang optimal. Trend ini mengancam penyertaan Malaysia dalam rantai nilai global (GVC) dan pertumbuhan ekonomi jangka panjang negara.

Kesimpulan

Kemajuan teknologi sedang merubah landskap pasaran buruh dengan begitu pesat, membawa kedua-dua peluang dan cabaran. Pertumbuhan pesat pekerjaan platform akan mengubah landskap dan keadaan pekerjaan. Ini menunjukkan bahawa memiliki satu pekerjaan stabil dengan satu majikan sepanjang hayat bekerja kini semakin menjadi sejarah. Struktur ekonomi yang berubah dari pembuatan kepada perkhidmatan moden seharusnya mengubah sumber penciptaan pekerjaan—dari pekerjaan tradisional berpendapatan rendah kepada pekerjaan moden berpendapatan tinggi.

Read Full Publication
featured report

Conclusion

Download Resources
Files uploaded
Footnotes
Attributes
References
["Arntz, M, T Gregory, and U Zierahn. 2016. “The Risk of Automation for Jobs in OECD Countries: A Comparative Analysis.” Working Papers 189. OECD Social, Employment and Migration. Paris: OECD Publishing.","Bain & Company. 2021. “The Global Tech Talent Shortage: Analysis and Insights.”","DOS. 2024c. “Annual National Accounts Gross Domestic Product (GDP), Malaysia 2023.” —. 2024a. “Employment Statistics Second Quarter 2024.” —. 2024b. “Monthly Principal Statistics of Labour Force, Malaysia May 2024.”","Fierro, Luca Eduardo, Alessandro Caiani, and Alberto Russo. 2022. “Automation, Job Polarisation, and Structural Change.” Journal of Economic Behavior & Organization 200. Elsevier:499– 535.","Frey, Carl Benedikt, and Michael A Osborne. 2017. “The Future of Employment: How Susceptible Are Jobs to Computerisation?” Technological Forecasting and Social Change 114. Elsevier:254–80.","KRI. 2017. “An Uneven Future? An Exploration of the Future of Work in Malaysia.” Discussion Paper. Kuala Lumpur: Khazanah Research Institute.","KRI. 2024. “Shifting Tides: Charting Career Progression of Malaysia’s Skilled Talents.” Kuala Lumpur: Khazanah Research Institute."]
Photography Credit

Related to this Publication

No results found for this selection
You can  try another search to see more

Want more stories like these in your inbox?

Stay ahead with KRI, sign up for research updates, events, and more

Thanks for subscribing. Your first KRI newsletter will arrive soon—filled with fresh insights and research you can trust.

Oops! Something went wrong while submitting the form.
Follow Us On Our Socials