Podcast
18 June 2025

How Malaysia’s Night Markets Fuel Micro Enterprises

Listen Audio
20 MINUTES

About The Podcast

Pada 27 Oktober 2021, KRI menganjurkan webinar kedua dalam siri webinar yang mengetengahkan penemuan dan saranan laporan ‘Menongkah Badai: Ke Arah Keterangkuman Perlindungan Sosial di Malaysia’. Webinar ini khususnya membicarakan perlindungan sosial untuk penduduk dalam umur bekerja di Malaysia.
Dunia pekerjaan merangkumi lebih daripada separuh hidup seseorang insan dan perlindungan sosial merupakan tunjang penting dalam agenda decent work. Malaysia mempunyai skim insurans sosial untuk beberapa risiko semasa umur bekerja, namun liputannya masih terhad kepada pekerja sektor formal. Lebih membimbangkan, perkembangan pesat teknologi akan menyebabkan lebih banyak pekerjaan menjadi tidak formal dan tidak standard. Apabila kejutan ekonomi seperti pandemik Covid-19 berlaku, bantuan dan perlindungan tidak dapat disalurkan dengan berkesan kerana jurang sedia ada dalam perlindungan sosial.
Webinar ini membincangkan beberapa cadangan polisi untuk memperkasa asas perlindungan sosial bagi semua individu dalam usia bekerja. Ahli panel terdiri daripada Adam Firouz dan Siti Aiysyah Tumin, penulis laporan; Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman Bin Dato’ Aziz Mohammed, Ketua Eksekutif PERKESO; dan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Pengerusi KRI.

Malaysia perlu beralih kepada perlindungan sosial yang lebih inklusif

Malaysia akan menghadapi beberapa cabaran pada masa hadapan, termasuklah perubahan teknologi (technological disruption), penuaan penduduk serta kadar jangka hayat yang semakin panjang tetapi tidak semestinya lebih sihat. Namun begitu, terdapat jurang yang ketara dalam perlindungan sosial dan Malaysia perlu beralih kepada sistem perlindungan sosial yang lebih inklusif untuk semua individu.

Hal ini dapat dilakukan dengan menjamin asas perlindungan sosial untuk semua menjangkaui sasaran kemiskinan, berdasarkan pendekatan kitaran hidup. Berdasarkan konvensyen antarabangsa, laporan menyatakan beberapa cadangan polisi untuk menyediakan jaminan pendapatan asas melalui perlindungan sosial.

Golongan dewasa menghadapi pelbagai risiko yang boleh menjejaskan pendapatan mereka

Antara badai yang perlu ditempuhi oleh golongan dalam umur bekerja adalah kecederaan, pengangguran, bersalin dan pekerjaan tidak formal. COVID-19 telah menyebabkan peningkatan kadar pengangguran terutamanya untuk golongan belia, manakala purata gaji telah menurun daripada tahun sebelumnya. Selain itu, perkembangan pesat teknologi akan menyebabkan lebih banyak pekerjaan menjadi tidak formal dan tidak standard.Masih ramai yang tercicir daripada skim insurans sosial atau perlindungan undang-undang sedia ada untuk penduduk dalam usia bekerja. Golongan ini terdiri daripada mereka di tengah yang mempunyai status pekerjaan yang tidak formal atau bekerja sendiri, serta mereka di luar tenaga buruh.

Untuk memperluas perlindungan sosial kepada mereka yang tercicir, laporan KRI mencadangkan empat polisi.  Pertama, memperluas liputan mandatori untuk skim insurans sosial. Kedua, pihak kerajaan memainkan peranan sebagai tonggak ketiga dalam ekosistem insurans sosial. Ketiga, memperhalusi status pekerjaan dengan lebih jelas dan membentuk kaedah pembiayaan tiga pihak yang inovatif. Keempat, mengeratkan kerjasama pelbagai pihak dan menambahbaik kempen kesedaran.

FEATURES
Economy
Social
Fiscal Policy
OUR SPEAKER
Dr. Aisyah Binti Rahman
Research Associate
OUR Host
Dr. Nurul Izzati Zulkifli
host @ bfm
The Business Station
media podcast organizer
related to this Podcast

Want more stories like these in your inbox?

Stay ahead with KRI, sign up for research updates, events, and more

Thanks for subscribing. Your first KRI newsletter will arrive soon—filled with fresh insights and research you can trust.

Oops! Something went wrong while submitting the form.
Follow Us On Our Socials