Views
Jan 20, 2023
6
Minutes read

Cabaran Pasaran Buruh dalam Kalangan Graduan Baharu

Author
Dr Mohd Amirul Rafiq Abu Rahim
Senior Research Associate
Dr Mohd Amirul Rafiq Abu Rahim
Senior Research Associate
Co - Author
No items found.
Loading the Text to Speech AudioNative Player...
Key Takeaway
Data Overview
Kesukaran mendapatkan pekerjaan, gaji permulaan yang ditawarkan terlalu rendah dan tidak kesepadanan pekerjaan dengan kelayakan bukanlah sesuatu yang baharu. Analisis sedekad data Kajian Pengesanan Graduan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) oleh Khazanah Research Institute merungkai beberapa dapatan penting perlu diberi perhatian oleh pihak berkepentingan dalam mengatasi cabaran graduan baharu dalam pasaran buruh.
cabaran-pasaran-buruh-dalam-kalangan-graduan-baharu
Views
Individual perspectives on current issues help people understand the issue better and raise awareness through informed opinions and reflections.

Pengenalan

Kesukaran mendapatkan pekerjaan, gaji permulaan yang ditawarkan terlalu rendah dan tidak kesepadanan pekerjaan dengan kelayakan bukanlah sesuatu yang baharu. Analisis sedekad data Kajian Pengesanan Graduan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) oleh Khazanah Research Institute (KRI) merungkai beberapa dapatan penting perlu diberi perhatian oleh pihak berkepentingan dalam mengatasi cabaran graduan baharu dalam pasaran buruh.

Separuh graduan berjaya mendapatkan pekerjaan sebaik tamat pengajian

Analisis sepuluh tahun sejak 2010 hingga 2020 menunjukkan kadar kebolehpasaran graduan yang tinggi, melebihi 75%. Dari peratusan ini, separuh daripada graduan berjaya mendapatkan pekerjaan dalam tempoh setahun selepas menamatkan pengajian. Sejak 2012, jumlah keluaran tahunan graduan warganegara melebihi 200 ribu orang dan separuh daripadanya berjaya mendapatkan pekerjaan dalam tempoh setahun selepas menamatkan pengajian. Manakala selebihnya memilih untuk menyambung pengajian, menyertai program-program peningkatan kemahiran dan sebahagian kecilnya sedang menunggu penempatan pekerjaan. Peratus graduan yang belum bekerja dalam tempoh setahun selepas menamatkan pengajian juga menunjukkan aliran yang menurun, daripada 27% pada tahun 2010 kepada 14% pada tahun 2019. Namun, persoalannya, adakah statistik ini benar-benar menggambarkan pencapaian mantap graduan baharu dalam pasaran buruh?

Satu pertiga graduan bekerja terlebih kelayakan

Setiap tahun, sekurang-kurangnya satu pertiga graduan baharu bekerja dalam pekerjaan di bawah kelayakan mereka. Malah, peratusannya adalah lebih tinggi dalam kalangan graduan wanita walaupun lebih ramai graduan wanita dengan kelayakan ijazah. Bahkan, graduan wanita yang bekerja kebanyakannya mendapat tempat dalam pekerjaan separuh mahir menyebabkan mereka terperangkap dengan gaji permulaan yang lebih rendah.

Majoriti graduan masih terperangkap dengan struktur gaji permulaan yang rendah

Bagi tempoh 10 tahun kebelakangan ini, tiga daripada empat graduan hanya memperoleh gaji permulaan di bawah RM2,000, menunjukkan struktur gaji permulaan graduan yang tidak menunjukkan pertumbuhan yang positif serta memberangsangkan. Malah, gaji rendah ini turut berkait rapat dengan kurangnya penciptaan pekerjaan berkemahiran dan struktur pekerjaan yang tertumpu kepada bidang separa mahir. Di samping itu, peratusan graduan yang bekerja dalam kategori pekerjaan tetap dan sepenuh masa juga semakin menurun dan hampir separuh bekerja dengan status kontrak atau separuh masa. Data juga menunjukkan walaupun lebih kerap menukar pekerjaan serta mempunyai lebih dari satu pekerjaan, pendapatan yang diterima graduan masih rendah di bawah RM2,000.

Lebih ramai graduan memilih untuk bekerja sendiri namun ia tidak dilihat sebagai pilihan kerjaya masa hadapan

Analisis juga menunjukkan semakin ramai graduan memilih untuk menjadi usahawan berbanding bekerja tetap dan peratusannya lebih tinggi dalam kalangan graduan TVET. Biarpun bidang keusahawanan tidak disangkal lagi mampu menawarkan peluang pendapatan yang lumayan, tetapi kebanyakan graduan melihat keusahawanan sebagai jalan sementara untuk keluar daripada pengangguran. Malahan graduan yang berkecimpung dalam bidang usahawan ini juga masih berhasrat untuk meneroka peluang pekerjaan yang lebih terjamin dengan pendapatan yang stabil.

Bidang TVET semakin mendapat perhatian dengan keberhasilan yang lebih memuaskan, namun gaji permulaan yang diterima kekal rendah

TVET telah menjadi fokus kerajaan sebagai suatu bidang utama selari perkembangan industri revolusi 4.0. Analisis mendapat keberhasilan dalam kalangan graduan baharu TVET adalah lebih baik. Contohnya, terdapat peningkatan dalam kalangan mereka yang mendapatkan pekerjaan daripada 49% pada tahun 2010 kepada 66% pada tahun 2020. Keberhasilan bagi mereka yang mempunyai ijazah dalam kalangan graduan TVET juga dilihat lebih baik. Namun, isu struktur gaji masih mencengkam graduan dengan 90% graduan TVET memperolehi gaji di bawah RM2,000. Disebabkan majoriti graduan TVET menamatkan pengajian dengan kelayakan diploma dan sijil kemahiran, pekerjaan mereka tertumpu kepada pekerjaan separa mahir yang pastinya menawarkan gaji permulaan yang sangat rendah.

Keberhasilan dalam kalangan graduan dari keluarga berpendapatan rendah

Majoriti graduan berasal dari keluarga berpendapatan rendah (gaji di bawah RM4,000). Tujuan suburnya pendidikan tinggi adalah untuk peningkatan mobiliti sosial, namun graduan dari keluarga berpendapatan rendah menghadapi situasi yang lebih mencabar dalam pasaran buruh. Dapatan kajian menunjukkan satu daripada lima graduan yang menganggur berasal daripada kalangan keluarga berpendapatan rendah. Malah, graduan dari keluarga berpendapatan rendah juga dilihat menerima gaji permulaan yang lebih rendah dan lebih terdedah kepada isu ketidakpadanan pekerjaan.

Disebabkan masalah-masalah struktur yang membelenggu graduan baharu, kebanyakan mereka dilihat tidak berpuas hati dengan pekerjaan yang sedang mereka lakukan serta berhasrat untuk mencari peluang pekerjaan yang lebih baik.

Kesimpulan

Di sebalik kadar kebolehpasaran yang tinggi seperti dilaporkan oleh Kajian Pengesanan Graduan setiap tahun, isu keberhasilan graduan harus dilihat secara lebih menyeluruh dan tidak hanya tertumpu kepada kejayaan mendapatkan pekerjaan semata-mata. Pelbagai inisiatif yang direncanakan kebanyakannya memberi tumpuan khusus melahirkan graduan yang serba berkebolehan dalam mengharungi cabaran dalam pasaran buruh. Tumpuan khusus juga perlu diberikan terhadap penawaran dan pewujudan pekerjaan berkemahiran dengan pendapatan yang wajar kepada tenaga kerja. RMK-12 turut memberi penekanan kepada reformasi pasaran buruh sebagai pemangkin dalam mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2025 termasuk memastikan peningkatan gaji dan upah bulanan, mempertingkat sumbangan pampasan pekerja kepada KDNK, serta fokus kepada pertumbuhan produktiviti buruh sebanyak 3.6 peratus. Namun, isu ini adalah isu berstruktur yang memerlukan penelitian secara menyeluruh, dari kedua-dua aspek permintaan dan penawaran pasaran buruh.

Read Full Publication

Article highlight

"Setiap tahun, sekurang-kurangnya satu pertiga graduan baharu bekerja dalam pekerjaan di bawah kelayakan mereka, dan tiga daripada empat graduan hanya memperoleh gaji permulaan di bawah RM2,000."

featured report

Conclusion

Download Resources
Files uploaded
Footnotes
Attributes
References
["EPU. 2021. Rancangan Malaysia Kedua Belas, 2021-2025. Prime Minister Department. Putrajaya: Economic Planning Unit.","Mohd Amirul Rafiq Abu Rahim, and Shazrul Ariff Suhami. 2023. Fresh Graduate Adversities: A Decade’s Insight on the Graduate Tracer Study. (6/22).","MOHE. various years. Graduate Tracer Study Microdata. Ministry of Higher Education."]
Photography Credit
Gambar oleh Jirsak

Related to this Publication

No results found for this selection
You can  try another search to see more

Want more stories like these in your inbox?

Stay ahead with KRI, sign up for research updates, events, and more

Thanks for subscribing. Your first KRI newsletter will arrive soon—filled with fresh insights and research you can trust.

Oops! Something went wrong while submitting the form.
Follow Us On Our Socials