Views
Apr 1, 2020
6
Minutes read

Melindungi Sektor Pertanian Mendepani Krisis Covid-19

Author
Ahmad Ashraf Ahmad Shaharudin
Former Researcher
Ahmad Ashraf Ahmad Shaharudin
Former Researcher
Co - Author
No items found.
Loading the Text to Speech AudioNative Player...
Key Takeaway
Data Overview
Sektor pertanian perlu diberi perhatian dalam masa krisis Covid-19 bagi memastikan kelangsungan jaminan bekalan makanan dan melindungi golongan petani, penternak, nelayan dan pekerja lain sektor ini. Dalam mendepani krisis ini, kerajaan telah mengumumkan pelbagai inisiatif sama ada khusus untuk sektor pertanian mahupun untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan rakyat secara amnya. Namun, masih ada lompong-lompong yang wajar kerajaan lihat bagi memastikan perlindungan yang diberikan kepada sektor pertanian dan pekerjanya lebih kukuh.
melindungi-sektor-pertanian-mendepani-krisis-covid-19
Views
Individual perspectives on current issues help people understand the issue better and raise awareness through informed opinions and reflections.

Pendahuluan

Sektor pertanian tidak terlepas daripada terkesan akibat krisis Covid-19. Permintaan pukal yang merudum daripada sektor perhotelan dan pelancongan serta gangguan rantaian bekalan global sedikit sebanyak merencatkan ekonomi sektor tersebut.

Dalam pada itu, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan di Malaysia juga menjejaskan aktiviti sektor pertanian. Sebagai contoh, beberapa hari selepas PKP berlangsung, terdapat petani tempatan yang menghadapi masalah menjual hasil mereka. Ada yang terpaksa membuang hasil yang tidak terjual atau menggunakan media sosial sebagai alternatif pemasaran, di samping cuba mengelak pembaziran dengan menderma.

Mengapa perlu beri perhatian kepada sektor pertanian?

Kelangsungan sektor pertanian perlu diberi perhatian serius bagi memastikan bekalan makanan yang mencukupi terutamanya dalam keadaan negara-negara lain kian gusar tentang jaminan bekalan makanan dan sesetengahnya telah mula mengambil pendekatan protektoris. Sebagai contoh, Thailand mengenakan larangan eksport telur ayam buat semetara waktu, manakala Vietnam akan memberhentikan kontrak eksport beras yang baru.

Sektor pertanian juga perlu dijaga bagi melindungi kebajikan petani, penternak, nelayan dan pekerja-pekerja sektor ini yang kebanyakannya berpendapatan rendah. Penengah dan purata gaji pekerja sektor pertanian adalah yang paling rendah jika dibandingkan dengan sektor-sektor lain.

Hampir 90% pertubuhan pertanian tergolong dalam kategori perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Lebih kurang 40% syarikat pertanian adalah syarikat mikro, iaitu syarikat yang meraih perolehan tahunan kurang daripada RM300,000 dan mempunyai kurang daripada 5 pekerja. Syarikat PKS sektor pertanian melibatkan lebih kurang 190,000 pekerja—kira-kira 42% daripada jumlah keseluruhan pekerja sektor pertanian. PKS lebih mudah terjejas dengan impak krisis ekonomi dan ini mendedahkan pekerja-pekerja PKS kepada risiko dibuang kerja atau diminta mengambil cuti tanpa gaji. Malah, PKS sendiri berdepan risiko gulung tikar.

Bagaimanakah sektor pertanian dilindungi setakat ini?

Kerajaan telah mengumumkan pelbagai jenis inisiatif bagi sektor pertanian. Inisiatif-inisiatif ini termasuklah kemudahan pinjaman dan suntikan dana pembangunan infrastruktur dan projek jangka pendek agromakanan. Selain daripada bantuan khusus untuk sektor pertanian, kerajaan juga menyediakan bantuan bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan rakyat berpendapatan rendah, yang juga akan memanfaatkan golongan petani, nelayan, penternak dan pekerja sektor pertanian.

Polisi untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS)

Kemudahan pinjaman yang disediakan menerusi Pinjaman Agromakanan dan Skim Kredit Mikro Bank Simpanan Nasional (BSN) boleh meredakan masalah aliran tunai bagi PKS pertanian. Modal tunai ini boleh digunakan sama ada untuk menanggung kos operasi mahupun untuk membeli aset dan membangunkan projek.

Namun begitu, pinjaman yang dilakukan PKS semata-mata untuk menanggung kos operasi agar tidak gulung tikar adalah pinjaman yang tidak produktif. Pinjaman tersebut tidak akan menambahkan pendapatan PKS dalam jangka masa panjang. Sebaliknya, PKS perlu membayar ansuran pinjaman beserta kadar faedah untuk beberapa tahun. Justeru, pinjaman untuk penggunaan sementara sewaktu krisis bukanlah langkah yang paling mampan, lebih-lebih lagi apabila krisis sekarang ini dijangka berlarutan untuk tempoh yang lama. Tambahan pula, selepas krisis ini berjaya ditangani, PKS akan mengambil masa untuk pulih selepas itu. Namun, sebilangan PKS mungkin terpaksa mengambil langkah terdesak ini.

Kesimpulan

Sektor pertanian perlu diberi perhatian dalam masa krisis ini bagi memastikan kelangsungan jaminan bekalan makanan dan melindungi golongan petani, penternak dan nelayan serta pekerja sektor pertanian yang terdedah dengan kesempitan ekonomi. Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif sama ada khusus untuk sektor pertanian mahupun untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan rakyat secara amnya.

Namun, masih ada lompong-lompong yang wajar kerajaan lihat bagi memastikan perlindungan yang diberikan kepada sektor pertanian dan pekerjanya lebih kukuh. Dengan ruang fiskal yang terhad, langkah-langkah mendepani krisis ini haruslah lebih tersasar dan menyelesaikan masalah. Misalannya, langkah memastikan seluruh aktiviti rantaian bekalan makanan berjalan lancar tidak melibatkan pemberian wang terus, sebaliknya memerlukan koordinasi dan gerak kerja yang efektif. Malah langkah ini yang sebenarnya yang paling penting. Selagi pengeluar makanan dan PKS pertanian dapat bertani atau menangkap ikan dan menjual hasil mereka, mereka akan terus meraih pendapatan.

Read Full Publication
featured report

Conclusion

Download Resources
Files uploaded
Footnotes
Attributes
References
["Adam Firouz. 2020a. Covid-19: Are All Workers Equally Protected? A Case of the Self-Employed. In Views, Khazanah Research Institute.","Adam Firouz. 2020b. Why I-Lestari Will Miss the Most Vulnerable During Covid-19. In Views, Khazanah Research Institute. Kuala Lumpur.","Ahmad, Samadi. 2020. \"Cadang Pasar Tani, Pagi Dibuka Semula\". Berita Harian.","Almeida, Isis and Agnieszka de Sousa. 2020. \"Countries Starting to Hoard Food, Threatening Global Trade\". Bloomberg, 25 March 2020. Accessed 30 March 2020.","Aruno, C., Rahimy Rahim, et al. 2020. \"Farmers Finding It Hard to Distribute Their Greens\". The Star, 26 March 2020.","Autralian Government - Fair Work. n.d. \"Minimum Wages.\" Accessed 31 Mac 2020.","Bunyan, John. 2020. \"Cut Off from Supplying, Cameron Farmers Donate Vegetables to Poor, Elderly in Ipoh\". Malay Mail, 26 March 2020. Accessed 26 March 2020.","Christopher Choong, Weng Wai. 2020. Mitigating the Economic Shocks of Covid-19: Protect Our Workers! . In Views, Khazanah Research Institute.","Fahmy A Rosli. 2020. \"Sksps Diperluas Kepada 19 Sektor\". Berita Harian. Accessed 31 Mac 2020.","Government of Canada. 2020. \"Advance Payments Program: Step 1. What This Program Offers.\"","Hawati Abdul Hamid. 2020. Covid-19: Peluang Mantapkan Perlindungan Sosial Semua Pekerja. In Views, Khazanah Researxh Institute.","Hurst, Daniel and Paul Karp. 2020. \"Australia to Subsidise Wages of up to 6m Workers in $$ 130$ bn Coronavirus Plan\". The Guardian, 30 Mac 2020.","Jabatan Perangkaan Malaysia. 2017. Banci Ekonomi 2016 - Profil Perusahaan Kecil Dan Sederhana. Putrajaya.","Jabatan Perangkaan Malaysia. 2019. Laporan Survei Gaji & Upah 2018. Putrajaya.","Jabatan Pertanian (DOA). 2018. Anggaran Bilangan Petani Mengikut Negeri, 2017. data.gov.my.","Khazanah Research Institute. 2014. The State of Households Ii. Kuala Lumpur: Khazanah Research Institute.","LPP. 2017a. Laporan Penghasilan Sayur-Sayuran Mengikut Negeri Di Bawah Lembaga Pertubuhan Peladang Tahun 2017. data.gov.my.","LPP. 2017b. Penghasilan Buah-Buahan Mengikut Negeri Di Bawah Lembaga Pertubuhan Peladang. data.gov.my.","Majlis Keselamatan Negara. 2020. Kenyataan Media Majlis Keselamatan Negara 18 Mac 2020.","Ng Xiang Yi and Ramieza Wahid. 2020. \"Cameron Highlands Farmers Dump Hundreds of Tonnes of Vegetables\". Malaysiakini, 25 March 2020. Accessed 26 March 2020.","Nur Thuraya Sazali and Siti Aiysyah Tumin. 2020. Leaving No Worker Behind: Deficit in Decent Work. In Working Paper, Khazanah Research Institute.","Palansamy, Yiswaree. 2020. \"After Supply Woes Force Cameron Farmers to Dump Greens, Lazada Steps in and Connects Them to Buyers\". Malay Mail, 29 Mac 2020.","Pejabat Perdana Menteri Malaysia. 2020. Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Bil. 1/2020 - 16 Mac 2020.","Perdana Menteri Malaysia. 2020a. Economic Stimulus Package 2020 - Bolstering Confidence, Stimulating Growth, Protecting Jobs. 27 February 2020.","Perdana Menteri Malaysia. 2020b. Kenyataan Sidang Media 23 Mac 2020.","Perdana Menteri Malaysia. 2020c. Kenyataan Sidang Media 25 Mac 2020.","Perdana Menteri Malaysia. 2020d. Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) 27 Mac 2020.","PERKESO. n.d. \"Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri.\" Accessed 31 Mac 2020.","Prime Minister of Canada. 2020. Prime Minister Announces Support for Farmers and Agri-Food Businesses under Canada’s Response to Covid-19.","Safeek Affendy Razali. 2020. \"Covid-19: Laluan Khas Petugas Barisan Hadapan\". Berita Harian.","Seow, Joanna. 2020. \"Govt to Subsidise Wages of All Local Workers by at Least $2 5 %$ Amid Covid19 Outbreak\". The Straits Times. Accessed 31 Mac 2020.","Syed Jaymal Zahiid. 2020. \"Farmers Faced with Dipping Demand, Logistic Disruptions, Forced to Sell Vegetables on Social Media\". Malay Mail, 26 March 2020. Accessed 26 March 2020.","United Nations Development Programme (UNDP). 2020. \"Covid-19: Looming Crisis in Developing Countries Threatens to Devastate Economies and Ramp up Inequality.\"","Vu, Khanh. 2020. \"Vietnam's Ban on Rice Exports Still in Force, Government May Set Limit: Traders\". Reuters, 30 March 2020. Accessed 30 March 2020.","World Trade Organization (WTO). 2020. \"Covid-19 and World Trade.\" Accessed 30 March 2020."]
Photography Credit

Related to this Publication

No results found for this selection
You can  try another search to see more

Want more stories like these in your inbox?

Stay ahead with KRI, sign up for research updates, events, and more

Thanks for subscribing. Your first KRI newsletter will arrive soon—filled with fresh insights and research you can trust.

Oops! Something went wrong while submitting the form.
Follow Us On Our Socials