Views
Mar 27, 2020
6
Minutes read

Mutu Jalur Lebar Dalam Menghadapi Kejutan Covid-19

Author
Muhammad Nazhan Kamaruzuki
Research Associate
Muhammad Nazhan Kamaruzuki
Research Associate
Co - Author
No items found.
Loading the Text to Speech AudioNative Player...
Key Takeaway
Data Overview
Sudah lebih seminggu Malaysia menempuh tempoh kawalan pergerakan yang kini dilanjutkan lagi sehingga 14 April 2020. Penggunaan data internet untuk pelbagai aktiviti di atas talian akan meningkat bagi mengisi masa sepanjang tempoh kawalan pergerakan. Data percuma diberi kepada pelanggan jalur lebar mudah alih tetapi mungkin tidak dapat dinikmati sepenuhnya kerana masih tertakluk dengan pelbagai terma. Peningkatan penggunaan juga akan menjejaskan lagi kualiti kelajuan internet yang sememangnya bermasalah. Buat masa sekarang pemberian data percuma perlu memenuhi keperluan setiap pengguna tetapi pembangunan infrastruktur jalur lebar pantas harus dipercepatkan setelah penularan wabak Covid-19 ini reda.
mutu-jalur-lebar-dalam-menghadapi-kejutan-covid-19
Views
Individual perspectives on current issues help people understand the issue better and raise awareness through informed opinions and reflections.

Pengenalan

Sudah lebih seminggu Malaysia menempuh tempoh kawalan pergerakan yang bermula pada 18 Mac 2020 lalu demi mengawal penularan wabak Covid-19. Senario semasa memberi gambaran bahawa situasi penularan wabak Covid-19 ini semakin memburuk. Sebagai contoh, peningkatan jumlah yang dijangkiti, jumlah kes kematian dan juga kawalan pergerakan yang lebih ketat apabila hanya ketua keluarga sahaja dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan. Pada awalnya, tempoh kawalan pergerakan dijangka tamat pada 31 Mac 2020, tetapi telah dilanjutkan sehingga 14 April 2020. Rakyat mempunyai 18 hari lagi untuk menghadapi tempoh ini dengan tabah di rumah masing-masing sambil terus berdoa situasi genting ini akan berakhir (secepat mungkin).

Aktitviti atas talian membantu kawalan pergerakan

Walaupun tempoh kawalan pergerakan ini bukanlah satu perintah berkurung namun rakyat tetap merasa tekanan tanpa interaksi dan kegiatan bersosial yang merupakan keperluan bagi hidup bermasyarakat. Suka atau tidak, arahan kawalan pergerakan ini perlu dipatuhi. Namun, langkah untuk menangani kebosanan dan menceriakan hari-hari di rumah perlu dititikberatkan. Setidak-tidaknya bagi mententeramkan emosi dan mental rakyat yang mungkin terganggu semasa tempoh duduk terperuk di dalam rumah. Sebuah laman sesawang hiburan dewasa telah memberi akses premium percuma kepada para pengguna mereka di serata dunia sebagai insentif untuk duduk di rumah dan tidak kebosanan semasa tempoh kawalan pergerakan. Sudah tentu akses sebegitu tidak diperlukan langsung di Malaysia, tetapi objektifnya untuk memastikan kawalan pergerakan dipatuhi bagi membendung jangkitan Covid-19 sangat relevan.

Kita berada di era telefon pintar dengan capaian internet yang lebih baik berbanding dahulu. Penetrasi servis perkhidmatan jalur lebar mudah alih (mobile broadband) telah mencapai 113% pada tahun 2018. Penggunaan telefon pintar untuk melayari Internet bagi tujuan komunikasi, perbankan, sosial media dan sebagainya bukanlah sesuatu yang asing bagi rakyat Malaysia. Perkhidmatan langganan video atas talian seperti Netflix dan Iflix yang mempunyai ratusan drama bersiri, filem dan rancangan hiburan juga mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Kawalan pergerakan akan meningkatkan penggunaan internet untuk pelbagai tujuan sama ada interaksi, bekerja dari rumah dan sebagainya. Sememangnya bekalan data jalur lebar mudah alih yang lebih murah atau secara percuma buat masa ini boleh membantu arahan kawalan pergerakan ini dipatuhi.

Data percuma ada, tapi tak semua dapat

Tidak dinafikan syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan telah mula memberi bekalan data percuma namun jumlahnya tidak seragam – pelanggan sebuah syarikat dapat menikmati lebih banyak data berbanding pelanggan syarikat yang lain. Data percuma itu juga tertakluk kepada terma-terma tertentu. Seperti contoh, data percuma hanya boleh diguna pakai ketika waktu tertentu sahaja, penggunaan data juga terhad untuk aplikasi tertentu, data percuma berbeza mengikut pakej-pakej yang berlainan serta penggunaan data percuma yang khusus untuk kegunaan pejabat dan mungkin tidak memerlukan data yang banyak.

Hal-hal sebegini secara langsung telah menghadkan manfaat internet kepada para pengguna di waktu kawalan pergerakan ini. Bayangkan jika pengguna merupakan ibu bapa yang bekerja dari rumah ketika waktu malam selepas anak-anak telah lena, tetapi data percuma hanya terhad ketika siang hari. Mungkin ada juga pengguna yang merupakan pelajar sekolah dan penuntut kolej atau universiti yang memerlukan data lebih banyak bagi tujuan melayari kelas atas talian atau menonton video-video tutorial. Menonton dan muat turun video serta menonton televisyen dalam talian merupakan antara aktiviti popular dan yang paling meningkat naik pada tahun 2018. Kuota data percuma juga wajar diberikan untuk penggunaan aktiviti tersebut yang besar kemungkinan meningkat ketika tempoh kawalan pergerakan.

Bekalan data yang lebih tinggi dan boleh diguna pada bila-bila masa akan memanfaatkan ramai pengguna. Pelbagai informasi boleh diperolehi, kerja pejabat juga boleh disiapkan, tutorial juga boleh diikuti dan hiburan boleh dinikmati oleh setiap lapisan pengguna. Pemberian data internet percuma terutama untuk melayari video juga amat relevan kepada isi rumah yang terhad kepada ruangan fizikal di rumah mereka. Jika rumah mereka kecil dan ahli isi rumah pula ramai, tidak banyak aktiviti mereka boleh lakukan kerana kepadapatan ruang. Sudah tentu aktiviti di atas talian menjadi pilihan untuk memenuhi masa mereka.

Terjatuh dihimpit janjang – kualiti pula mencabar sabar

Walau bagaimanapun, peningkatan penggunaan pada satu-satu masa akan mengakibatkan masalah trafik di talian dan seterusnya menjejaskan kelajuan muat turun data. Ini dapat dilihat apabila terdapatnya penurunan purata kelajuan muat turun bagi jalur lebar mudah alih di Malaysia semasa minggu pertama tempoh kawalan pergerakan bermula berbanding minggu sebelumnya. Bagi tempoh 9 hingga 15 Mac 2020, kelajuan muat turun purata adalah melebih 20 Mbps kemudian menurun bawah 20 Mbps untuk tempoh 16 hingga 22 Mac 2020. Dengan pengumuman lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan, ditambah pula keadaan cuaca yang buruk, kelemahan infrastruktur dan faktor-faktor teknikal lain, maka sudah pasti kualiti perkhidmatan jalur lebar mudah alih akan lebih terjejas.

Isu kualiti kelajuan internet di Malaysia bukanlah bermula di saat wabak Covid-19 ini menular. Pada tahun 2018, kelajuan muat turun jaringan 4G di Malaysia berada pada kedudukan 20 terendah di dunia. Sebuah laporan daripada Opensignal melaporkan pada tahun 2019, kelajuan muat turun data melalui jalur lebar mudah alih antara syarikat telekomunikasi berada pada julat 5.4 Mbps hingga 17.7 Mbps sahaja. Walaupun ada sesetengah syarikat telekomunikasi yang memasarkan kelajuan jalur lebar mereka boleh mencecah 100 Mbps dengan jaringan 4G, itu hanyalah indah khabar dari rupa. Hakikatnya kelajuan itu tidak dinikmati oleh para pengguna. Biarpun hampir 90% pengguna jalur lebar mudah alih di Malaysia boleh mendapatkan jaringan 4G, namun kualitinya masih rendah. Ini disebabkan kelemahan infrastruktur apabila hanya 40% daripada menara pencawang adalah bergentian optik.

Kesimpulan

Penularan wabak Covid-19 ini membuka peluang untuk negara ini menilai semula setiap aspek perkhidmatan perniagaan, kesejahteraan masyarakat serta peranan kerajaan. Baik dari segi perkhidmatan kesihatan awam, bekalan makanan, jaminan pendapatan atau juga kualiti perkhidmatan jalur lebar. Seperti juga perkhidmatan utiliti, penggunaan data internet bagi jalur lebar mudah alih akan meningkat apabila tempoh kawalan pergerakan dilanjutkan. Buat masa sekarang, pemberian data percuma perlu memenuhi corak dan keperluan penggunaan para pelanggan di setiap lapisan. Setelah wabak Covid-19 ini reda, diharapkan usaha untuk memantapkan lagi kualiti perkhidmatan jalur lebar dapat dipercepatkan terutamanya di bawah Pelan Gentian Optik dan Kesinambungan. Tanpa infrastruktur yang mantap pasti kualiti perkhidmatan jalur lebar akan terkesan akibat peningkatan penggunaan semasa tempoh-tempoh kritikal seperti hari ini. Situasi-situasi seperti tempoh kawalan pergerakan ini perlu menjadi pendorong bagi penyediaan infrasturktur jalur lebar pantas di samping kos dan keuntungan syarikat telekomunikasi. Ini bagi memastikan rakyat Malaysia masih boleh menikmati akses internet yang memuaskan di saat menghadapi tempoh-tempoh kritikal pada masa akan datang.

Read Full Publication
featured report

Conclusion

Download Resources
Files uploaded
Footnotes
Attributes
References
["KASPR Datahaus. 2020. “Slow Internet? How Covid-19 Is Stressing Internet Infrastructure in Your Country.” Mac 2020. https://medium.com/@kasprdata/slow-internet-how-covid-19-isstressing-internet-infrastructure-in-your-country-f94ee6e3b156.","Mehta, Ivan. 2020. “Pornhub’s Premium Goes Free Worldwide to Cure Your Lockdown Blues.” The Next Web. March 25, 2020. https://thenextweb.com/world/2020/03/25/pornhubis-making-its-service-free-worldwide-to-cure-your-lockdown-blues/.","Ookla. 2020. “TRACKING COVID-19’S IMPACT ON GLOBAL INTERNET PERFORMANCE (UPDATED MARCH 24).” March 24, 2020. https://www.speedtest.net/insights/blog/tracking-covid-19-impact-global-internetperformance/?mc_cid=0dcbdb5bf2&mc_eid=e546476035.","Opensignal. 2018. “The State of LTE (February 2018).” https://www.opensignal.com/reports/2018/02/state-of-lte.","Opensignal. 2020. “Malaysia Mobile Network Experience Report September 2019.” https://www.opensignal.com/reports/2019/09/malaysia/mobile-network-experience.","Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. 2019. a. “Industry Performance Report 2018.”","Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. 2019. b. “Video Dalam Talian Dan Suara Catatkan Pertumbuhan Terbesar Dalam Aktiviti Internet Pada 2018!” January 11, 2019. https://www.mcmc.gov.my/ms/media/press-releases/online-video-and-voice-recordbiggest-growth-among.","The Star. 2020. “Lower Initial 5G Investments in Targeted Sites,” January 9, 2020. https://www.thestar.com.my/business/business-news/2020/01/09/lower-initial-5ginvestments-in-targeted-sites.","Yeoh, Angelin. 2020. “MCO: Local Telcos Extend Free Additional Internet Data Initiatives for Users until April 14 | The Star Online.” March 26, 2020. https://www.thestar.com.my/tech/tech-news/2020/03/26/mco-local-telcos-extendfree-additional-internet-data-initiatives-for-users-until-april-14."]
Photography Credit

Related to this Publication

No results found for this selection
You can  try another search to see more

Want more stories like these in your inbox?

Stay ahead with KRI, sign up for research updates, events, and more

Thanks for subscribing. Your first KRI newsletter will arrive soon—filled with fresh insights and research you can trust.

Oops! Something went wrong while submitting the form.
Follow Us On Our Socials